Lebih 250 peserta hadir Seminar Fiqh anjuran Isma Alor Setar

seminar-fiqh-ramadan-as-132b

ALOR SETAR, 15 Mei – Lebih 250 peserta hadir ke Seminar Fiqh Ramadhan dan Kesihatan anjuran Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Alor Setar di sini, semalam.

Menurut Yang Dipertua Isma Alor Setar, Dr. Zulkifli Yusof, uniknya penganjuran seminar fiqh Ramadhan kali ini ialah tambahan perkongsian dari aspek kesihatan.

“Kita yang sudah dewasa ni, sudah banyak kali kita sambut Ramadan… 10 kali… 20 kali, tapi kita nak setiap Ramadan yang kita nak sambut ini lebih baik daripada Ramadan yang sebelumnya.

“Dalam seminar Fiqh Ramadan ini, kita tambahkan juga dos kesihatan, supaya Ramadan kali ini kita bukan sahaja bersedia dari aspek amal ibadah, tetapi bersedia juga aspek kesihatan,” ujarnya yang juga merupakan Ketua Jabatan dan Pakar Perunding Otorinolaringologi (ENT) dengan Subkepakaran Pembedahan Kepala dan Leher di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) Alor Setar.

seminar fiqh ramadan as (110)

Seminar yang digerakkan oleh Wanita Isma Alor Setar dan pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan Muslim Malaysia (I-Medik) Kedah itu banyak merungkai stigma masyarakat tentang tips kekal bertenaga di bulan Ramadan, tips menguruskan badan di bulan Ramadan, pemeriksaan dan kesihatan wanita mengandung dan yang menyusukan anak serta kemampuan pesakit kronik untuk berpuasa.

seminar fiqh ramadan as (60)

Antara tokoh-tokoh pakar yang dijemput khas dalam seminar ini ialah Puan Aziyati Abdul Halim, Pegawai Dietetik dari Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr. Nor Shaffinaz Yusoff Azmi dan Pakar Perubatan Endokrin dari Hospital Sultanah Bahiyah.

seminar fiqh ramadan as (119)

Turut sama berkongsi ilmu dan pengalaman ialah Ketua Wanita Isma Alor Setar, Dr. Murizah bt Mohd Zain yang juga merupakan Pakar Perunding Obstektrik dan Ginekologi dan Pakar Perubatan Reproduktif daripada HSB.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *