Lepasan SPM manfaat masa cuti bersama Program XPRESI

baking-day-1

ALOR SETAR, 1 April – Program XPRESI untuk lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2014 anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) nyata tidak pernah mengecewakan para pesertanya.

Terbaru, program anjuran KRIM Alor Setar yang bertemakan “Baking Day From The Heart” telah menarik peserta dari utara Kedah termasuk Pendang.

Menurut salah seorang peserta, Nur Athirah Binti Rusdi, 18 program yang dianjurkan benar-benar mencipta pengalaman baru.

“Kami (para peserta) menyiapkan tugasan memasak muffin seperti seolah-olah sudah lama kenal,” ujarnya.
Selain berpeluang menyediakan muffin vanila, para peserta turut bermurah hati dengan menyumbangkan hasil masakan mereka kepada Pusat Jagaan Anak-Anak Yatim IHMK di Jitra.

Program XPRESI turut berlangsung di seluruh negara dengan pelbagai lagi aktiviti menarik, termasuklah berkayak, gotong-royong, kembara IPT dan banyak lagi.

Oleh: Fakhruddin Afif Fauzi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *