ALOR SETAR, 29 Feb – Sesuai dengan slogan “Membangun Umat Beragenda”, Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Alor Setar sentiasa berusaha mendidik seluruh ahli masyarakat muslim di Malaysia agar menjadikan Islam sebagai tujuan dan landasan hidup.
Baru-baru ini, ISMA Alor Setar melalui Kelab Remaja ISMA Alor Setar dan PEMBINA Kubang Pasu berjaya mengumpulkan adik-adik lepasan SPM 2015 untuk menyertai program One Step Closer (OSC).
Dalam program ini, mereka berpeluang meneroka minat dan kerjaya yang dikendalikan oleh Puan Siti Aishah Hamid, Kaunselor Panel LPPKN.
Selepas itu, para peserta terus dibawa ke UUM bagi melihat suasana sekeliling kampus yang bakal mereka jejaki kelak.
Di sana, mereka turut berpeluang bertemu dangan abang-abang dan kakak-kakak yang sedang dalam pengajian. Para peserta dikongsikan suasana pembelajaran, program-program kampus dan seribu satu sudut kehidupan sebagai mahasiswa.
0 Comments