Majlis iftar bersama BADAR Jenan

Bandar Darulaman, 6 Ogos – Satu majlis berbuka puasa Kelab Ramaja ISMA (KRIM) Kedah bersama Badan Agama, Dakwah & Rohani (BADAR) SM Sains Sultan Abdul Halim (Jenan) telah diadakan. Majlis berlangsung di kediaman Pengarah KRIM Kedah, Encik Mohd Khalil di sini.

Majlis dimulakan dengan kata alu-aluan tuan rumah dan bacaan zikir ma’thurat bersama-sama sebelum berbuka.

Turut serta hadir ialah Timbalan Pengarah KRIM Kedah, Dr Mohd Arif bin Haji Mat Noor dan Bendahari KRIM Kedah, saudara Mukeri bin Mohd Ali.

Sesi suai kenal dan perkongsian ringkas oleh Dr. Mohd Arif tentang sunnatullah dan perkaitannya dalam budaya hidup pelajar mencapai kecemerlangan turut diberikan sebagai pemberi semangat buat mereka yang bakal menduduki peperiksaan SPM tidak lama lagi.

Media ISMA Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *