JITRA, 31 Ogos – Majlis resepsi anak Ketua Biro Keluarga & Masyarakat ISMA Alor Setar, Ustaz Mohd Najib Sulaiman dan isteri, Puan Aishah Hamid meriah hari ini apabila dihadiri sekumpulan ‘pemuda Briged Al-Qassam’.
Sebenarnya perarakan masuk pasangan pengantin Nabil Harith dan pasangan ke dewan tengahari tadi diiringi oleh para aktivis ISMA Alor Setar yang lengkap berpakaian ala pemuda Al-Qassam yang telah dirancang oleh Ustaz Najib di saat-saat akhir.
Ujar Ustaz Najib, gimik sebegini adalah simbolik kegembiraan mereka sekeluarga dengan kemenangan umat Islam khususnya penduduk Gaza.
Majlis resepsi tersebut diadakan di Dewan Banquet, Hotel Bustani.
Selain itu, bendera Israel turut diletakkan di beberapa tempat sebagai alas kaki pada majlis tersebut.
0 Comments