Masyarakat Kedah sepakat tolak Syiah

ALOR SETAR, 1 Disember – Ceramah Perdana Bahaya Syiah yang disampaikan oleh Ustaz Mohamad Ismail, Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA merangkap Ketua Unit Kajian Syiah, di Masjid Sultanah diganggu oleh sekumpulan hadirin yang diyakini berfahaman Syiah.

Dalam sesi terakhir ceramah oleh Ustaz Mohamad, salah seorang hadirin bangun mempertikaikan hadis yang mengatakan bahawa fahaman Syiah adalah terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Bukan itu sahaja, kelompok ini dilihat menunggu di luar pagar masjid setelah sesi ceramah tamat. Risau dengan kemungkinan yang bakal terjadi, sebahagian besar jemaah masjid turut menunggu di perkarangan masjid sehingga Ustaz Mohamad selamat keluar dan bertolak pulang ke Kuala Lumpur pada malam itu juga.

Turut kedengaran laungan, “Ya Ali! Ya Hussain” daripada kelompok ini tatkala meninggalkan perkarangan masjid dengan sebuah kereta.

Ceramah Bahaya Syiah anjuran Biro Dakwah ISMA Alor Setar dan Jawatankuasa Masjid telah diadakan di dua lokasi, iaitu Masjid Sultanah dan Masjid As-Syahab di Kepala Batas. Ceramah kali ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dari penduduk setempat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *