Masyarakat Malaysia digesa fahami hakikat Perlembagaan Persekutuan

bkmi3

JITRA, 4 Nov – Masyarakat Malaysia khususnya generasi muda digesa untuk memahami hakikat Perlembagaan Persekutuan.

Menurut Pengarah Pusat Kajian Institusi Raja Malaysia Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Prof. Datin Paduka Datuk Dr. Hjh. Ramlah binti Adam, Perlembagaan Persekutuan merupakan nadi kepada wujudnya negara Malaysia, undang-undang dan tatacara hidup warganegaranya.

“Tidak faham Perlembagaan bermakna tidak lengkap kehidupan sebagai rakyat Malaysia,” ujar beliau.

bkmi4

Datuk Dr. Ramlah turut menyarankan agar sejarah bagaimana terbentuknya Perlembagaan Persekutuan diperincikan lagi dalam silibus sekolah agar difahami setiap bangsa di Malaysia.

“Sejarah perlembagaan itu sendiri mesti difahami satu per satu. Kalau betul-betul faham, pastinya tak wujud golongan tertentu macam sekarang yang mahu mempertikaikan beberapa perkara dalam perlembagaan, terutamanya berkaitan Islam, Melayu dan Raja,” ujar beliau lagi.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja dalam Bengkel Kerajaan Melayu Islam anjuran ISMA Alor Setar dan Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim di dewan sekolah berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *