Masyarakat Mergong dalami ancaman liberalis bertopengkan Islam

u1

ALOR SETAR, 19 April – ISMA Alor Setar telah menganjurkan satu ceramah berkaitan Ancaman Liberal Perosak Islam di Masjid Ar-Rahmah, Taman Wira Mergong, di sini semalam.

Ceramah disampaikan oleh Naib Yang Dipertua, Ustaz Mohd Kashfi bin Ali.

Dalam ceramah yang disampaikan, Ustaz Kashfi menerangkan perlunya berpegang dengan aqidah Ahli Sunnah Wal Jamaah dan mendampingi Al-Quran, As-Sunnah dan para ulama sebagai langkah asas daripada terjebak ke dalam kancah liberalisme.

u2

Ujar Ustaz Kashfi, fahaman liberalisme hakikatnya menjadikan akal sebagai satu-satunya neraca dalam menafsirkan Al-Quran tanpa mengambil kira hadis dan disiplin-disiplin ilmu syarak.

“Hak asasi manusia adalah slogan biasa yang dilaungkan oleh puak-puak liberal. Tuntutan agama, hak Allah ditolak ketepi,” jelas Ustaz Kashfi lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *