Memahami hukum & syarat Tahaluf Siyasi

Mukaddimah

Ini adalah terjemahan daripada buku Usul al-Ifta’ wa al-Ijtihad al-Tatbiqi,  jilid ke-4 yang merupakan buku ke-8 dari siri-siri tulisan Muhamad Ahmad Rasyid dalam Ihya’ Fiqh Dakwah. Tujuan saya menterjemahkan beberapa petikan dalam buku ini adalah untuk mendedahkan kajian penulis tentang isu yang sedang hangat dibincangkan oleh masyarakat Malaysia hari ini, iaitu berkaitan membina kerjasama dengan non muslim terutama kerjasama politik yang lebih dikenali dalam bahasa Arab sebagai tahaluf siyasi.

Kajian ini telah dibuat oleh Muhamad Ahmad Rasyid yang lebih dikenali sebagai Abu Ammar. Beliau adalah seorang pemikir dakwah yang banyak menghasilkan tulisan-tulisan yang berkaitan dengan metodologi dakwah dan pendakwah. Antara hasil tulisan beliau ialah al-Raqa’iq, al-Awa’iq, al-Muntalaq, al-Masar dan banyak lagi tulisan beliau yang memperkatakan tentang peranan pendakwah dan metodologi dakwah yang sepatut dilaksanakan. Kebanyakan buku-buku yang dihasilkan oleh beliau adalah ketika menetap di Malaysia.

Tajuk tentang tahaluf siyasi dengan orang kafir ini adalah hasil pemerhatian, pandangan dan kajian beliau sewaktu tinggal di Malaysia. Kebanyakan contoh yang dibawa sebenarnya adalah merujuk kepada suasana yang ada di Malaysia. Muhamad Ahmad Rasyid banyak menggunakan sumber-sumber yang premier selain daripada al-Quran dan hadis-hadis Rasulullah. Antara ulama yang banyak dirujuk oleh beliau ialah Ibn Hajar, al-Syaibani, al-Karabisi, al-Sarkhasi, al-Qurtubi, ulama empat mazhab dan lain-lain lagi.

Ustazah Nor Saleha Mohd Salleh,
Ketua Wanita ISMA
Blog: The Sweetness of a Partnership

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *