Memilih pemimpin Muslim berwibawa anjuran Islam

Memilih calon Muslim berwibawa mestilah difahami dengan makna bahawa Islam adalah agama yang Haq dan Islam adalah untuk semua.

Pemimpin Muslim yang paling berwibawa yang ISMA anjurkan (melalui Arus Baru) bererti pemimpin yang paling tinggi nilai iman dan akhlaknya, yang amat sedikit karat jahiliyah dan maksiatnya.

Wai’mah parti apa pun yang dia sertai (pada masa ini), kita meyakini pemimpin berwibawa ini tidak akan berkompromi dengan usaha-usaha mengancam dan merosakkan kedaulatan Islam di Malaysia, walaupun dari kalangan partinya sendiri!

Ya, Islam adalah untuk semua dan keadilan Islam adalah yang pling adil untuk seluruh manusia.

Sampai satu tahap, kita mengharapkan orang-orang bukan Islam berkata

“Saya tidak kisah parti U atau parti P yang memerintah, kerana asalkan ia parti Islam, kerana dengan Islam, kehidupan saya lebih terjamin!”

Dan sampai satu tahap, kita mahukan parti U dan parti P bersepakat menolak apa-apa sahaja unsur dan cara fikir yang boleh merosakkan jatidiri umat Islam dan kedaulatan Malaysia.

Dan akhirnya, kita mengharapkan hukum hudud dilaksanakan dan disambut baik perlaksanaannya di Malaysia dengan tangisan kegembiraan!

…. dan usaha ini bermula sekarang!

Oleh:
Fakhruddin Afif bin Fauzi
Pengarang
ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *