Menghadapi banjir: Bersediakah anda?

Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia khususnya di Kedah dijangka akan dilanda banjir pada bila-bila masa menjelang hujung tahun 2011 ini. Umum mendapati cuaca mendung dan hujan lebat sudahpun melanda Kedah semenjah sebulan yang lalu. Ribut taufan juga dilaporkan telah berlaku mengakibatkan kerosakan-kerosakan fizikal pada tempat tinggal dan kemudahan awam.

Berdasarkan keadaan cuaca yang tidak menentu, impak banjir besar yang sedang melanda negara jiran, amaran berjaga-jaga daripada pihak berkuasa dan sejarah banjir teruk yang pernah melanda Kedah, ISMA Alor Setar ingin berkongsi beberapa tips persediaan ringkas menghadapi banjir supaya persediaan awal dapat dibuat.

  1. Dokumen-dokumen penting seperti geran-geran, sijil-sijil kelahiran, dokumen-dokumen pendaftaran serta perjanjian dan sebagainya sangat wajar diletakkan bekas seperti container plastik di satu agar mudah dibawa apabila banjir berlaku dan tidak basah.
  2. Pakaian dan buku-buku sekolah anak-anak pula amat elok kalau dapat dibungkus dengan plastik dan diseal supaya air tidak dapat masuk. Bagus kalau barang-barang ini juga dapat dipindahkan semasa banjir, tetapi kalau tidak mampu pun tidak apa kerana walaupun akan ditenggelami air, air tidak dapat masuk.
  3. Buat senarai semak apa yang perlu dipindahkan apabila berlaku banjir nanti. Letakkan keutamaan apa yang paling penting dan paling mudah diselamatkan dan yang paling kurang keutamaan. Benar kita mesti hendak selamatkan semua harta-benda kita, tetapi pada saat-saat genting sewaktu banjir nanti, apa-apa perkara boleh berlaku. Barang-barang yang paling utama mungkin berupa ubat-ubatan dan dokumen-dokumen penting.
  4. Buat pelan tindakan banjir dalam keluarga dan komuniti kawasan perumahan. Apa yang penting, setiap ahli dalam keluarga dan masyarakat berperanan dan tahu apa tindakan yang mesti dilaksanakan apabila kawasan dinaiki air.

Oleh:
Fakhruddin Afif Fauzi
Ketua Biro Belia
ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *