Merdeka sebenar apabila berkuasa penuh laksanakan syariat

BANGI, 31 Ogos – Erti kemerdekaan yang sebenar ialah apabila kita berkuasa penuh di kawasan sempadan kita serta dapat melaksanakan syariat dan sistem mengikut perundangan kita.

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata demikian sempena ulangtahun Hari Kemerdekaan Malaysia ke-54 hari ini.

“Pada zaman globalisasi ini usaha mempertahankan kemerdekaan bukan semata-mata menjaga keamanan sempadan tetapi lebih penting lagi mempertahankan kedaulatan nilai dan kemerdekaannya.”

Tambah beliau, kemerdekaan yang sebenar juga ialah apabila tiada orang yang berani mencabar maruah dan hak kita.

Ustaz Abdullah Zaik menyeru rakyat Malaysia terutamanya umat Islam supaya meneruskan perjuangan kemerdekaan dalam berdepan dengan nilai-nilai global yang liberal dan atheis.

Beliau turut mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan ke-54 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya di kalangan warga ISMA.

Sumber: Laman Web ISMA Pusat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *