Misi I-Medik, Yayasan Ikhlas periksa kesihatan umat Islam Satun

SATUN, 19 Zulhijjah 1438H, Ahad – Pertubuhan Ikatan Pengamal Perubatan dan Sains Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik) Kedah bersama Yayasan Ikhlas (YI) telah mengadakan Program Khidmat Kesihatan di Pulau Puju, Satun, semalam.

Lebih 100 masyarakat kampung itu diperiksa bermula jam 9 pagi hingga 2 petang di Dewan Orang Ramai, Pulau Puju.

Ahli Jawatankuasa Pusat I-Medik, Dr Zulkifli Yusof berkata, pemeriksaan tersebut dijalankan oleh kira-kira 20 sukarelawan I-Medik dan YI.

“Program ini dimulakan dengan 4WD ‘mobile clinic’. Segala ubat-ubatan dan peralatan dibawa dari Malaysia.

“Manakala, lebihan ubat pula dihadiahkan kepada Klinik Kesihatan Pulau Puju,” katanya kepada Ismaweb.

Beliau berkata, program yang dirancang lebih 2 bulan lalu ini juga adalah hasil kerjasama erat daripada Pejabat Daerah Satun.

“Rata-penduduk sangat berpuas hati dengan pemeriksaan yang dijalankan. Alhamdulillah, tiada masalah komunikasi kerana antara pihak kami dan penduduk kampung tersebut kerana mereka boleh berbahasa Melayu disamping bahasa Thailand.

“Kami turut berharap program seperti ini boleh diadakan lagi pada masa akan datang,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *