Mukhriz

YAN – Kerajaan Kedah tetap mahu membangunkan Pulau Bunting di sini sebagai sebuah pelabuhan walaupun ada cadangan pihak swasta untuk membina sebuah loji jana kuasa elektrik menggunakan arang batu di pulau itu.

Menteri Besar Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata pelabuhan di pulau itu adalah untuk dimanfaatkan oleh industri di Gurun, terutama syarikat automotif.

“Ini (pelabuhan di Pulau Bunting) adalah salah satu rancangan jangka panjang, jadi saya lihat Yan mempunyai banyak potensi bukan sahaja pelancongan tetapi juga industri,” katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan kerja ke daerah itu semalam.

Bagaimanapun katanya cadangan membangunkan Pulau Bunting sebagai sebuah pelabuhan masih pada peringkat awal.

Menurut Mukhriz kerajaan negeri merancang memanfaatkan pembinaan jalan raya antara Pulau Bunting dan Gurun oleh kerajaan pusat itu dengan terus membangunkan daerah tersebut.

Kerja pembinaan jalan raya sepanjang 18 kilometer itu kini mencecah 18 peratus.  – Bernama

Categories: Kedah Kita

0 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.