Mus’ab bin Umair pilihan tepat pemula dakwah di Madinah

10604662_652432371537883_6971930497599558245_o

ALOR SETAR, 30 Oktober – Mus’ab bin Umair merupakan pilihan yang terbaik yang dipilih oleh Rasulullah s.a.w. untuk memulakan dakwah Islamiah di Yathrib.

Menurut Naib Yang Dipertua Isma Alor Setar, Tuan Guru Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa, kalau difikirkan secara mudah, ramai lagi sahabat Nabi yang berkelayakan untuk memikul amanah dakwah tersebut.

“Rasulullah s.a.w. ada Abu Bakar r.a, Umar r.a, Hamzah r.a. dan ramai lagi, tapi dengan menyelami perjalanan dakwah Mus’ab sewaktu berada di Yathrib, kita boleh merasai ibrah dan hikmahnya.

“Melalui Mus’ab, Saad bin Ubadah dan Saad bin Muaz memeluk Islam,” jelasnya.

photo63059612239243529

Ujarnya lagi, Mus’ab berjaya memainkan peranan besar dalam menjayakan hijrah Nabi dengan menyediakan masyarakat Yathrib untuk menerima Islam dan menjadi Darul Hijrah atau Madinah al-Munawwarah.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Usrah Umum Alor Setar di Dewan Seminar Isma Alor Setar, semalam.

Selain itu, Ustaz Fisol menyeru umat Islam agar menyelami setiap babak dalam kisah perjuangan para sahabat Rasulullah s.a.w.

“Jangan baca kisah sahabat macam baca kisah dongeng, tapi selamilah setiap satu peristiwa dan gambarkan suasana-suasana yang mereka hadapi dalam menjayakan amanah menyampaikan risalah tarbiyah dan dakwah di muka bumi ini,” tambahnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *