NAZIM Celik-IT serlah kreativiti generasi cilik

BANDAR DARULAMAN, 7 Oktober – Kelab Anak Hebat atau Nadi ‘Azim (NAZIM) yang dikelolakan oleh Biro Wanita ISMA Alor Setar telah menganjurkan program NAZIM Celik-IT. Program ini berobjektif memberi pendedahan awal kepada generasi cilik menggunakan teknologi komputer dengan baik.

Anak-anak kecil ini ditugaskan untuk mereka bentuk penanda buku menggunakan perisian Microsoft Word dengan tunjuk ajar saudara Fakhruddin Afif, Ketua Unit Media ISMA Alor Setar serta dibantu beberapa orang yang lain.

Apa yang uniknya program ini ialah, generasi cilik ini sangat cekap menggunakan komputer dan bijak menghubungkait semua teknik asas yang diajarkan kepada mereka.

Semua yang hadir khususnya anak-anak kecil ini gembira dengan hasil usaha mereka, di mana setiap peserta berjaya menghasilkan dua keping penanda buku untuk dibawa pulang.

Media ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *