NAZIM – Jom berakhlak dengan sahabat!

BANDAR DARULAMAN, 24 Februari – Aktiviti NAZIM kali ini telah diadakan di tepi Tasik Darulaman. Program dimulakan dengan bacaan doa dan tazkirah ringkas daripada Cikgu Aishah dengan tajuk “Akhlak dengan sahabat.”

Aktiviti seterusnya yang dinantikan para peserta pun bermula – permainan galah panjang dan congkak! Aktiviti berlangsung dengan bantuan abang-abang fasilitator yang merupakan penuntut di IPG Bandar Darulaman, Jitra.

Program berakhir dengan hidangan istimewa yang disediakan oleh Cikgu Siti Rahmah bersempena menyambut ulangtahun kelahiran anak beliau, Adib yang ke-10.

Media ISMA Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *