OSC beri manfaat berguna untuk remaja melangkah ke alam IPT

xpresi krimas

ALOR SETAR, 2 Mei – Program One Step Closer (OSC) anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM) Cawangan Alor Setar berjaya beri manfaat kepada lepasan SPM yang hadir.

Program diadakan di Dewan Seminar KUIN di sini bermula pagi tadi.

Rata-rata peserta yang datang dari seluruh negeri Kedah mendapat perkongsian yang berguna tentang strategi membuat pilihan laluan akademik selepas mandapat keputusan peperiksaan SPM mereka yang lalu.

Program ini menampilkan Saudara Ahmad Shukeri bin Azizan, penulis buku Bedtime Stories Sentap dan admin laman Facebook popular Tarbiyah Sentap, selain tokoh-tokoh KRIM dan Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA) Negeri Kedah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *