Pandu lawan arus: Tiada kebaikan pada perkara yang tidak berfaedah

Sesiapa yang melihat rakaman video kemalangan di Lebuh Raya Utara Selatan berhampiran simpang ke Permatang Pauh akan pasti menggeleng kepala melihat kegilaan pemandu Gen 2 biru.

Menongkah arus di dalam kelajuan maksima pada waktu yang sibuk di mana manusia sedang bergegas ke tempat kerja adalah kerja GILA.

Laporan akhbar menyatakan bahawa pemandu remaja wanita itu memandu di bawah pengaruh dadah syabu.

Jika ini adalah benar diharap masyarakat akan membuka mata terhadap bahaya dadah ini. Ia bukan sahaja membahayakan nyawa sendiri tetapi terbukti dari kes ini ianya juga menjadi punca hilangnya nyawa manusia lain yang tidak berdosa. Memang patut jika keluarga arwah ingin mengambil tindakan undang-undang.

Diharap pihak berkuasa akan mengambil tindakan tegas terhadap pemandu ini supaya ianya menjadi pengajaran kepada yang lain.

Sesiapa yang masih mempertahankan kebaikan segala jenis dadah termasuk ketum dan seangkatan dengannya, betulkan persepsi anda.

Tiada kebaikan pada perkara yang tidak berfaedah.

Dr. Murizah Mohd Zain
Ketua Wanita Isma Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *