Pasca PRU13: Bina semula integrasi kaum

ust lah 2

BANGI, 9 Mei – Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abd Rahman berkata, satu formula baru bagi membina integrasi antara kaum harus diperbahaskan  dan dibina semula kerana ia merupakan antara perkara kritikal dalam politik Malaysia hari ini.

Oleh itu katanya, bagi membentuk semula integrasi, perlu adanya kesepakatan parti-parti politik dan juga masyarakat dalam mewujudkan keharmonian sedia ada.

“Sememangnya integrasi nasional di Malaysia tidak mempunyai sistem yang tetap kerana sebelum ini ianya lebih kepada permuafakatan politik.

“Jadi apabila permuafakatan politik dalam BN runtuh sehingga tiada lagi perwakilan kaum lain sama ada MCA mahupun MIC dalam BN, maka integrasi nasional jadi lebih meruncing,” ujar Ustaz Abdullah dalam rancangan Dimensi terbitan TV ISMA.

Katanya, seandainya integrasi ini gagal digarap untuk membentuk keharmonian, sudah tentu akan berlakunya krisis antara kaum.

Dengan itu, perlunya ada perbincangan yang meluas tentang hal ini. Orang Melayu perlu bertegas atas kesepakatan supaya perlembagaan perlu dipertahankan.

Justeru, Perdana Menteri harus memainkan peranan dalam menjaga kedaulatan perlembagaan agar terus terpelihara.

“Beliau harus mengambil langkah yang wajar dan tegas untuk memastikan kedaulatan dan perlembagaan Malaysia serta integrasi nasional dapat dipelihara demi keamanan Malaysia agar lebih terjamin,” katanya.

Tambah beliau, ISMA sudah lama memikirkan soal integrasi dan menyatakan bahawa formula integrasi islamik yang merujuk kepada piagam Madinah adalah pilihan utama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *