Pasukan Fix and Go Pemuda Isma Alor Setar sukarela pantau pelajar kemahiran

ALOR SETAR, 5 November – Pemuda Isma komited dalam membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda dengan menubuhkan pasukan yang digelar Fix and Go.

Pemuda Isma komited dalam membentuk jati diri dalam kalangan generasi muda dengan menubuhkan pasukan yang digelar Fix and Go.

Projek Fix and Go yang sulung telah dilaksanakan di sebuah rumah orang miskin di Bukit Pinang, Alor Setar, Kedah yang mendapat sumbangan bakti oleh para pelajar Institut Kemahiran MARA Alor Setar serta anggota jawatankuasa Pemuda Isma Alor Setar.

Lebih RM700 berupa sumbangan wang tunai turut diterima daripada orang ramai dalam menjayakan projek ini.

Ketua Pemuda ISMA, Muhammad Lukman Al Hakim Muhammad berkata, pasukan yang akan beraksi di seluruh negara tidak lama lagi ini akan memobilisasikan pelajar kolej kemahiran secara sukarela.

“Pasukan ini ditubuhkan bagi membina generasi muda yang produktif, prihatin terhadap golongan yang kurang bernasib baik serta sanggup menyumbang kemahiran diri untuk manfaat orang lain.

”Mereka secara sukarela membantu golongan kurang bernasib baik dengan membaiki pendawaian elektrik, perpaipan dan struktur rumah,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *