Pejabat Baru Isma Kedah

Pandangan sisi
Pandangan sisi

Pandangan Hadapan

Alhamdulillah, hanya itulah kalimah yang bersesuaian untuk menggambarkan betapa gembiranya ahli-ahli Isma Kedah setelah akhirnya dapat masuk juga ke pejabat yang telah lama ditunggu-tunggu.

Untuk pengetahuan, pejabat baru Isma Kedah ini (seperti gambar diatas) adalah sebuah rumah bungalow 2 tingkat, mempunyai 5 bilik dan 3 bilik air. Keluasan dalam rumah agak sedikit terhad tetapi mempunyai halaman yang sangat luas.

Insyaallah pejabat ini akan digunakan untuk aktiviti kuliah, mesyuarat, seminar, jamuan, qiam dan pelbagai lagi aktiviti yang dirasakan sesuai dengan kapasiti pejabat. 

Lokasi pejabat ini dirasakan agak strategik kerana terletak berdekatan dengan lebuhraya dan bandar Jitra

Mudah-mudahan pejabat baru Isma Kedah ini akan menjadi pemangkin kepada amal-amal dakwah yang lebih berkualiti di bumi Kedah tercinta.

Semua ahli Isma dari seluruh pelusuk dunia adalah dijemput untuk membuat lawatan ke pejabat kami yang serba ringkas ini, mudah-mudahan dengan kunjungan antum, pejabat ini akan lebih makmur dan meriah.

Alamat lengkap adalah seperti berikut :

No 75, Taman Suasana Damai

Bandar Darulaman 06000 Jitra Kedah

One thought on “Pejabat Baru Isma Kedah

  1. salam tahniah.
    semoga dakwah di kedah terus maju.
    ‘al ummatu ‘alal fard’
    dgn wujudnya satu rumah, akan wujud lagi rumah2 yg lain pd ms akan dtg, insyaallah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *