Pelihara hubungan kita dengan Allah – Dr. Hesham Sakr

KEPALA BATAS, 19 Julai – “Peliharalah hubungan kamu dengan Allah s.w.t., nescaya Allah s.w.t. akan bersama kamu dalam apa jua pekerjaan yang kamu lakukan.” Demikian kata-kata nasihat terakhir yang disampaikan oleh Prof. Dr. Hesham Hosni Sakr, sebelum ceramah perdana menutup tirai malam semalam.

Seramai 200 orang aktivis ISMA dari seluruh Perak, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang memenuhi Dewan Utama Institut Latihan Perindustrian (ILP) Kepala Batas untuk mendengar perkongsian berharga daripada Dr. Hesham. Beliau yang merupakan Pensyarah Psikologi Pendidikan, Universiti al-Azhar dijemput untuk membicarakan tentang “Peranan Harakah Islamiyah Dalam Menangani Arus Perubahan.”

Dr. Hesham menyatakan kebangkitan rakyat di seluruh dunia bukanlah berpunca daripada kesedaran Islam secara amnya, tetapi atasa kesedaran perlunya menentang kezaliman.

Ceramah yang disampaikan dalam Bahasa Arab itu diterjemahkan oleh Ustaz Shahruzzaman Bistamam, Ketua Biro Pengurusan Sumber Manusia, ISMA Ipoh.

Dalam ceramah itu juga, Dr. Hesham turut menegaskan perlunya gerakan Islam berinteraksi dengan gerakan-gerakan tempatan lain untuk mencari noktah persepakatan yang berlandaskan ajaran Islam.

Wartawan: Fakhruddin Afif Fauzi
Jurufoto: Muhammad Hasbi Ibrahim
Media ISMA Kedah (Alor Setar)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *