Pelihara solat untuk pelihara maruah

Ustazah-Siti-Rahmah-resized

Oleh Siti Nazirah bt Mohammad Nawawi

JITRA, 12 Mei – “Memelihara solat ialah amalan utama untuk menjaga maruah diri,” kata Ustazah Siti Rahmah Rahmat, Timbalan Ketua Wanita ISMA Alor Setar dalam program bulanan Usrah Umum Wanita anjuran ISMA Alor Setar di sini, baru-baru ini.

Menurutnya, memelihara solat ialah antara enam ciri orang beriman dinyatakan dalam Surah Al-Mukminun bermula dari ayat 1 sehingga ayat 11.

“Antara ciri-ciri tersebut ialah khusyuk dalam solat, menjauhkan diri daripada perbuatan sia-sia, menunaikan zakat, memelihara kemaluannya, memelihara amanah dan janji selain memelihara solat,” katanya.

Ustazah Siti Rahmah menekankan kepenting solat itu sendiri sehingga memerlukan segenap usaha untuk mencari kekhusyukan dan kesempurnaan dalam melaksanakannya.

“Untuk para ibu pula, penting sekali untuk memerhatikan soal solat terhadap anak masing-masing dan menjaga maruah.

“Hebatnya kesan solat yang sempurna ialah membuatkan setiap insan, termasuklah anak-anak kita terjaga maruah dan dijauhkan daripada perkara yang sia-sia.

“Mereka yang istiqamah dengan ciri-ciri tersebut dijanjikan Allah s.w.t. dengan syurga Firdaus sebagai ganjaran,” jelasnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.