Pemimpin dipercayai rakyat bermula dari rumah

ustaz fisol kuliah pagi

ALOR SETAR, 30 Mac – Pemimpin yang mempunyai maruah dan dipercayai rakyat bermula dari rumah.

Menurut Tuan Guru Haji Abdul Fisol Mohd Isa, pemimpin sebegitu dibentuk oleh keluarga mukmin yang mempunyai ciri ‘ibadurrahman.

“Mukmin yang berciri ‘ibadurrahman amat mengambil berat soal didikan isteri dan anak-anak, seterusnya membimbing mereka ke arah jalan taqwa.

“Ini sesuai dengan doa yang diajar dalam Al-Quran agar memohon dikurniakan anak yang soleh solehah dan menjadi penyejuk mata, seterusnya menjadi pemimpin kepada orang-orang yang bertaqwa”, jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam program Usrah Umum anjuran Isma Alor Setar di sini, baru-baru ini.

Dalam pada itu, Naib Yang Dipertua Isma Cawangan Alor Setar itu turut menyebut ciri-ciri lain ‘ibadurrahman yang mesti diamalkan oleh umat Islam.

“Golongan ‘ibadurrahman tidak berkira dalam menyumbang harta kepada perjuangan Islam, sentiasa memahami dan mengambil hikmah daripada Al-Quran serta jauh dari perbuatan yang sia-sia,” ujarnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *