Pemuda Isma tawan puncak Gunung Keriang

photo81891158341560455

ALOR SETAR, 2 Sept – Seramai 17 orang ahli biro Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) berjaya menawan puncak Gunung Keriang, puncak tertinggi di daerah Kota Setar pada tanggal 31 Ogos yang lalu.

Para peserta terdiri daripada Pemuda Isma Cawangan Alor Setar, Kubang Pasu dan Kangar.

Menurut Ketua Pemuda Isma Alor Setar, Adli Azimi bin Abdul Rahman, ekspedisi ini dijalankan sebagai meraikan jiwa dan semangat pemuda Islam yang sentiasa dahagakan cabaran dan suasana lasak dalam pelbagai aktiviti selain mengisi waktu cuti kemerdekaan dengan program yang bermanfaat.

photo12967812392921568

Sebelum ini, Pemuda Isma Alor Setar telah menjalankan ekspedisi meneroka Gua Gunung Keriang yang kaya dengan khazanah batuan kristal dan cabaran semula jadi.

Adli yang turut sama menyertai ekspedisi itu berkata, Pemuda Isma Alor Setar telah merancang untuk melaksanakan banyak lagi aktiviti lain selain mendaki gunung seperti perkhemahan, renang, memanah dan sebagainya.

“Kami Pemuda Isma Alor Setar juga akan berusaha untuk menawan beberapa lagi puncak gunung di Semenanjung Malaysia dengan misi untuk menawan Puncak Kinabalu dalam tempoh setahun dua ini,” ujarnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.