Pendidikan dan pembinaan akhlak peribadi bersepadu menurut Hasan al-Banna (Bhgn. 3)

2.3 Ciri-ciri khas Pendidikan Islam Ikhwan Muslimin

Pendidikan Islam menurut Ikhwan Muslimin dan aplikasinya mempunyai ciri-ciri khas dan menonjol yang disenaraikan secara ringkas seperti berikut (Yusuf al-Qaradawi, 1982):

1. Penekanan terhadap aspek Rabbani (keimanan kepada Allah atau ketuhanan)
2. Lengkap dan menyeluruh
3. Keserasian dan seimbang
4. Positif dan konstruktif (membina)
5. Ukhuwwah dan semangat kesetiakawan
6. Beridentiti dan bebas merdeka

3.0  Contoh Teori dan Aplikasi Pendidikan Islam khususnya Pendidikan Akhlak Ikhwan Muslimin

3.1 10 Ciri Peribadi Muslim

Antara penegasan Hasan al-Banna dalam aspek pendidikan akhlak dan keperibadian menyeluroh dapat dilihat dari Rukun Bai’ah Ikhwan Muslimin yang terkandung dalam Risalah Ta’alim, rukun yang ketiga iaitu rukun amal ketika membicarakan maratib al-amal (tahap-tahap amal) akh mujahid, iaitu tahap pertama daripada tujuh tahap amal ikhwan(Hasan al-Banna, t.t).
Tahap pertama yang dimaksudkan ialah mengislah dirinya sehingga melengkapi sepuluh ciri peribadi Muslim seperti berikut :

  • Tubuh Badan Yang Kuat Sihat
  • Akhlak Yang Mantap
  • Berpengetahuan
  • Mampu Berusaha Mencari Rezeki
  • Akidah Yang Sejahtera
  • Ibadah Yang Sahih
  • Bermujahadah melawan nafsu
  • Mengambil Berat Terhadap Waktu
  • Menyusun Dan Merancang Urusan
  • Memberi Manfaat Kepada Orang Lain

Dalam ciri di atas, membentuk akhlak yang mantap menempati tempat kedua penting setelah setiap ahli ikhwan berusaha menjadikan tubuh badannya yang sihat dan kuat. Untuk merealisasikan pendidikan akhlak ini pelbagai program diadakan dan menggunakan pelbagai wahana atau wasilah yang sesuai untuk pembinaan akhlak mulia samada di peringkat individu mahupun di peringkat masyarakat.

Antara tanggungjawab seorang mujahid dalam aspek pendidikan akhlak, pembersihan hati dan pembinaan peribadi mulia seperti yang digariskan dalam 38 kewajipan oleh Hasan al-Banna ialah :

1. Bacalah Al-Quran setiap hari dan baikilah cara bacaan kita.
2. Jangan bercakap bohong.
3. Jangan memungkiri janji.
4. Jadilah seorang yang berani.
5. Jaga hemah diri untuk orang boleh menghormati.
6. Hiasi diri dengan sifat malu, tawaduk, sensitif terhadap baik dan buruk.
7. Jadilah seorang yang adil dalam semua keadaan.
8. Milikilah sifat-sifat yang dengannya kita disenangi orang ramai.
9. Setiap kita mesti cemerlang dalam apa bidang atau pekerjaan yang diceburi.
10. Bersegera menunaikan hak-hak diri dan orang lain tanpa berlengah-lengah.
11. Sentiasa mendekatkan diri kepada Allah dengan amalan sunat dan nawafil.
12. Sentiasa dalam keadaan bersuci.
13. Selalu bertaubat dan istighfar. Jauhi dosa dan muhasabah diri setiap hari.
14. Berjihad melawan nafsu sehingga kita dapat memimpinnya.
15. Jauhi arak dan apa yang memabukkan.
16. Jauhi orang yang jahat dan rosak serta sarang-sarang maksiat dan dosa.
17. Tinggalkan sikap berfoya-foya dan bermewah-mewah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *