Perihal isu kebenaran ibu bapa untuk tukar agama anak kepada Islam

Isu kebenaran ibu bapa untuk tukar agama anak kepada Islam:

1. Anak dah baligh, hak dia untuk masuk Islam. Kalau ibu bapa tak setuju pun dia tetap ada hak tersebut. Tak perlu minta izin seperti kisah yang berlaku tentang pengislaman Saidina Ali r.a.

2. Salah seorang suami atau isteri masuk Islam, anak-anak yang belum baligh ikut ibu atau bapanya yang masuk Islam. Anak-anak tersebut akan dipelihara dengan cara Islam.

3. Perlembagaan letakkan had umur 18 tahun untuk diberi kebebasan mutlak kepada individu yang nak masuk Islam; atas 18 itu hak dia, bawah 18 itu perlu dengan kebenaran ibu bapa. Beza dengan Islam sebab Islam mengambil kira isu baligh dan baligh dalam Islam bukan pada 18 tahun.

4. Apabila dicadangkan agar bawah 18 tahun cuma perlu kebenaran salah seorang sahaja, itu memudahkan urusan masuk Islam dari segi undang-undang. Undang-undang begini sepatutnya disokong oleh orang Islam. Orang bukan Islam tak setuju tu hak mereka untuk tidak setuju. Umat Islam perlu setuju sebab ia menjaga maqasid hifzuddin (menjaga akidah).

5. Undang-undang begini akan memudahkan proses mengambil anak-anak yang belum baligh untuk dipelihara di bawah ibu atau bapanya yang dah masuk Islam. Juga memudahkan proses mengambil anak-anak yang sudah baligh dan memang ingin masuk Islam bersama ibu atau bapanya yang memeluk Islam.

6. Ada seruan agar apabila ibu atau bapa memeluk Islam, anak-anak dididik dan diberi kebebasan memilih. Kata mereka ini berdasarkan firman Allah ‘tidak ada paksaan dalam agama” yang turun berkenaan kisah lelaki Ansar yang apabila memeluk Islam ingin memaksa anak mereka ikut masuk Islam. Larangan paksaan ini nampak lebih hampir kepada kes anak-anak yang telah baligh. Ini kerana berkenan anak-anak kecil, kaedah yang dipakai oleh jumhur ulamak seperti Imam Syafie, Imam Ahmad, Imam Syaukani dan Ibnu Qudamah adalah hadhanah (hak penjagaan anak kecil) tidak akan diberikan kepada non muslim. Juga berdasarkan kaedah ulamak الصغير يتبع خير الأببوين دينا yang bermaksud ‘anak kecil akan mengikut mana-mana ibu bapanya yang paling baik agamanya’.

Dan sudah tentu Islam adalah agama yang paling baik di sisi Allah.

Wallahu a’lam.

Oleh:
Ustaz Muhammad Fauzi bin Asmuni
Ahli Jawatankuasa Pusat
Ikatan Muslimin Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.