Peristiwa di Mesir satu pengajaran kepada gerakan Islam

ust hazizi

SEREMBAN, 7 Julai – Setiausaha Biro Politik ISMA, Ustaz Mohd Hazizi Abdul Rahman menyatakan bahawa peristiwa yang berlaku di Mesir ketika ini satu pengajaran berguna kepada gerakan-gerakan Islam dalam memahami sunnah perjuangan.

“Perkara ini membantu untuk menjelaskan kepada kita masa depan perjuangan gerakan Islam di Malaysia yang akan melalui putaran yang sama,” jelasnya.

Menurut beliau, peristiwa ini sudah dijangka kerana Ikhwanul Muslimin (IM) masih lagi berada di marhalah Irsyad Mujtama’, namun kekosongan dan situasi semasa memaksa IM tampil memegang kuasa pemerintahan.

“Kegagalan ini satu yang disengajakan kerana musuh tidak akan memberi kuasa secara percuma, mereka takut kebangkitan Islam di Mesir menjadi momentum kepada gerakan-gerakan Islam yang lain,” ujar Ustaz Hazizi.

Beliau berkata demikian semasa menyampaikan tazkirah di program qiyamullail bulanan yang mengumpulkan ahli-ahli ISMA di sini.

Ustaz Hazizi menyeru para aktivis ISMA agar mengingati semula sunnah perjuangan dengan memetik firman Allah yang berbunyi “Apakah manusia mengira ia akan dibiarkan sahaja mengatakan kami telah beriman, sedangkan mereka belum diuji?”.

Tegasnya perjalanan gerakan Islam di Malaysia masih jauh dan situasi umat di sini lebih kritikal.

“Ikhwan kuat tetapi masyarakat di Mesir tak faham, salah satu sebabnya kerana neraca penilaian berbeza sebagaimana pernah disebut oleh Imam Hasan Al-Banna di dalam Majmu’ Rasail.”

IM melaungkan slogan kebebasan dan keadilan tetapi pengertian yang difahami oleh masyarakat amat berbeza, jelasnya.

Keadaan ini katanya menuntut para pendakwah untuk memudahkan lagi penerangan kepada orang ramai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *