Perkataan “Allah” di Malaysia untuk umat Islam sahaja

Md Rasulullah

Asma’ul Husna (99 nama Allah yang baik) dimaklumkan oleh Allah s.w.t dalam KitabNya dan oleh Rasulullah s.a.w dalam Sunnahnya. Nama-nama yang menghimpunkan semua 99 nama (Ar-Rahman, Ar-Rahim, Al-Quddus dll.) dan sifat (Maha Pemurah, Maha Penyayang, Maha Suci dll.) tersebut adalah nama “ALLAH”. Nama inilah yang kita seru, sebut, sembah dan memohon. Firman Allah bermaksud, “Dan Allah mempunyai nama-nama yang baik, maka serulah kepadaNya dengan menyebut nama-nama itu” (Al-A’araf). [Dr. Ali Liban, Asas-asas Islam, Jilid 01, Ikatan Muslimin Malaysia, m.s. 152-153].

Daripada penerangan di atas, jelas nama “Allah” sama sekali tidak boleh diitlak(pakai)kan kepada tuhan-tuhan lain di dalam agama-agama lain seperti Nabi Isa, Maryam ibu Nabi Isa, Holy Spirit yang dijadikan tuhan-tuhan di dalam agama Kristian, Uzair di dalam agama Yahudi dan lain-lain. Ini adalah kerana sebagai makhluk-makhluk, mereka memiliki sifat-sifat kekurangan dan ini sudah tentunya bertentangan dengan sifat “ALLAH” yang memiliki kesemua 99 nama baik (asmaul husna) dan sifat kesempurnaan tersebut. Begitu juga sembahan-sembahan makhluk lain di dalam agama-agama lain di Malaysia seperti Buddha, Hindu dan sebagainya.

Firman Allah s.w.t bermaksud,

“Dan apabila Allah berkata kepada Isa bin Maryam adakah engkau berkata kepada manusia “ambillah aku dan ibuku sebagai tuhan-tuhan selain Allah”? Nabi Isa berkata mahasuci Engkau, aku tidak boleh berkata apa yang tidak ada kebenaran padaku. Sekiranya aku berkata sedemikian tentunya Engkau telah mengetahuinya. Engau mengetahui apa yang ada didalam jiwaku dan aku tidak mengetahui apa yang ada didalamMu. Sesungguhnya Engkau sangat mengetahui hal-hal yang ghaib” (Al-Maidah :116).

Daripada ayat di atas Allah s.w.t melarang Nabi Isa mengatakan dirinya dan diri ibunya sebagai Allah. Dengan itu penggunaan perkataan “Allah” bagi Nabi Isa, ibunya Maryam dan lain-lain makhluk selainNya adalah mengelirukan dan bercanggah dengan ayat di atas.

Lafaz Allah juga tidak pernah disebut di dalam teks bahasa Greek yang merupakan tulisan asal Bible. Perkataan Tuhan dalam bahasa Greek adalah “Theos” dan bukannya “Allah”. Kitab Old Testament (buku Perjanjian Lama) pula adalah dalam bahasa Hebrew yang menyebut tuhan dengan nama El, Eloh, Elohim an Yhwh.

Tuhan KristianTuhan penganut Kristian “Jesus Christ”.  Layakkah umat Islam membenarkan permintaan terkini para penganutnya untuk ia diseru secara rasmi dengan nama “Allah” ?

Hadi - Anwar - Kit Siang

Pada 8 Januari 2013, Hadi Awang, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang bersepakat membenarkan orang-orang kafir menggunakan perkataan “ALLAH” untuk tuhan-tuhan mereka, sekaligus membelakangkan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan yang bersidang pada 5-7 Mei 2008 yang mengeluarkan fatwa bahawa lafaz ALLAH merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam.

Tuhan Hindu Lord Ganesh

Tuhan penganut Hindu “Ganesh”.  Layakkah umat Islam membenarkan permintaan terkini para penganutnya untuk ia diseru secara rasmi dengan nama “Allah” ?

Dengan ini Perkataan suci “Allah” yang telah digunakan oleh umat Islam secara eksklusif di Malaysia, tidak boleh digunakan oleh umat bukan Islam untuk tuhan-tuhan mereka kerana ia adalah zat yang berbeza sama sekali, mencemar kesucian perkataan tersebut d ihadapan umat Islam, mencabar maruah akidah umat Islam dan boleh menimbulkan kekeliruan di dalam masyarakat.

Walaupun kalimah “Allah” telah digunakan sejak sebelum kedatangan Islam lagi di sesetengah umat di negara-negara tertentu, namun ia tidak boleh dijadikan alasan untuk ia boleh dilakukan di Malaysia. Undang-undang berbeza dari satu masyarakat ke satu masyarakat berdasarkan realiti setempat. Selepas berhijrah ke Mesir dan berdepan dengan realiti tempat dan masyarakat ang baru, Imam Syafie ra banyak merubah fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan semasa beliau tinggal dan mengajar di Iraq. “Allah” dalam bahasa Arab Kristian bermakna “tuhan” yang merangkumi Nabi Isa, Maryam ibu Nabi Isa, Holy Spirit dsb. sedang “Allah” dalam bahasa Malaysia bermakna “Allah” yang merangkumi segala 99 nama dan sifat kesempurnaan yang disebut didalam Al-Quran dan As-Sunnah.

Paderi Melayu

Paderi-paderi Melayu berusaha gigih memurtadkan seramai mungkin umat Melayu Islam, rumpun tunggak Islam di Nusantara.

buku2_dakyah

Buku-buku dakyah Kristian didalam berbagai bahasa termasuk Bahasa Melayu hanya menunggu ketetapan dan kesediaan umat untuk digunakan perkataan “ALLAH” untuk nama tuhan-tuhan mereka bagi mengelirukan dan menarik minat golongan umat Islam yang lemah dan jahil tentang agama untuk mengikuti agama mereka.

Damansara Utama Methodist Church

Serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap Gereja Methodist Damansara tahun lalu mendapat restu pihak berkuasa agama dan Undang-undang Syariah Selangor, tetapi ditentang oleh Kerajaan Pakatan Rakyat yang memerintah Selangor. Mulai dari itu, Exco Agama Kerajaan Selangor ketika itu, Dr Hasan Ali, setelah melalui beberapa perkembangan di luar dan dalaman PAS, dipecat dari kepimpinan PAS dan Kerajaan Negeri Selangor.

Realiti Islam di Malaysia berbeza dengan negara-negara lain. Ada yang Mesir lebih terkehadapan berbanding Malaysia seperti sambutan dan suasana bulan Ramadan, ramai yang menghafaz Al-Quran dari kalangan profesional dan sebagainya, dan ada yang Malaysia lebih terkedepan berbanding Mesir di antaranya sambutan Aidil Fitri lebih meriah, menyumbang wang di majlis perkahwinan dsb. Hasil dari pengaruh dan perjuangan datuk nenek moyang terdahulu di Malaysia, Malaysia dan banyak negara umat Islam adalah lebih terkedepan dari sebilangan negara dimana perkataan “Allah” hanya boleh digunakan oleh umat Islam sahaja.

Menggunakan hujah “Jika negara lain boleh, maka di negara Malaysia pun boleh” bukan sahaja tidak menepati perbezaan penggubalan undang-undang sesebuah negara yang sedia diterima masyarakat antarabangsa, malah ia bertentangan dengan Siyasah Syar’iyyah sendiri yang memberi kredit kepada adat resam sesebuah masyarakat boleh diambil pakai (Al-Aadah muhakkamah), menutup pintu-pintu yang boleh membawa mudharat (Sadd Az-Zara’ik) dan kaedah-kaedah Syarak lain seumpamanya.

Nokia_Connecting_People.svg

Dengan contoh lain, kita tidak boleh menggunakan jenama “Nokia” atau “Samsung” bagi handset klon (tiruan) yang kita buat dikilang sendiri di rumah yang boleh mengelirukan para pelanggan dengan jenama aslinya, hanya dengan beralasan di Brazil, Argentina dsb ramai orang berniaga buat macam tu !! Dalam Siyasah Syar’iyyah, suasana realiti yang berbeza boleh mencapai kesimpulan dan hukum yang berbeza, selagi Maqasid Syarak dijaga termasuk menjaga Agama (Hifz Ad-Deen) disamping menjaga nyawa, harta, kehormatan dan keturunan.

Oleh itu membenarkan umat bukan-Islam menggunakan perkataan “Allah” untuk tuhan-tuhan mereka yang berbeza zatnya dari Allah yang sebenar adalah langkah mengundur kebelakang dan meruntuhkan pencapaian-pencapaian yang telah dihasilkan oleh generasi umat Islam di Malaysia turun temurun yang terdahulu dalam menjaga kesucian nama “Allah”.

Menggunakan dalil firman Allah yang bermaksud, “Katakanlah wahai Ahlul Kitab, marilah kepada satu kalimat yang sama diantara kami dan kamu (iaitu) jangan kita menyembah selain Allah, jangan kita mensyirikkanNya dengan sesuatu, jangan sebahagian kita mengambil sebahagian yang lain menjadi tuhan-tuhan selain Allah. Maka jika mereka berpaling maka kamu katakanlah (kepada mereka) persaksikanlah oleh kamu bahawa sesungguhnya kami orang-orang Islam” (Ali Imran : 64) bagi membenarkan penggunaan perkataan “Allah” untuk tuhan-tuhan orang-orang bukan-Islam di Malaysia adalah menyalahi kaedah penafsiran Al-Quran itu sendiri. “Kalimat” didalam ayat di atas bermaksud “ajaran wahyu” yang sama yang diturunkan di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran kepada kita (umat Islam) dan kepada kamu (Ahlul Kitab) iaitu ajaran-ajaran berupa jangan kita menyembah selain Allah, jangan mensyirikkanNya dengan sesuatu dan jangan mengambil paderi-paderi mereka sebagai tuhan-tuhan selain Allah. Ayat di atas bukan bererti “penggunaan kalimat Allah yang sama” dan sekadar itu. Bahkan hakikatnya ayat tersebut menempelak Ahlul Kitab dan menyatakan kepada mereka bahawa tuhan-tuhan dan ajaran-ajaran mereka telah jauh tersasar dari Kebenaran yang didatangkan Allah didalam Al-Quran, seperti yang dijelaskan oleh ayat-ayat Al-Quran yang lain yang ditujukan kepada Ahlul Kitab.

Kursus Haji 2012

Umat Islam di Malaysia semakin hari semakin hilang kepimpinan dikalangan umat mereka, kesan dari ketidakjelasan fikrah perjuangan dan lemah semangat juang mencontohi Rasulullah saw lalu samada menjadi korup, liberal maupun pragmatik (mengikut arus atau tekanan). Namun Allah swt akan tetap memelihara umat ini dari kerosakan. “Jika kamu berpaling, Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain. Mereka tidak akan seperti kamu” (Al-Quran). “Sesungguhnya Allah akan melahirkan dari kalangan umat ini pada setiap awal kurun orang yang akan memperbaharui (menjernihkan kembali aqidah dan memperbaharui ruh perjuangan) bagi mereka urusan agama mereka” [Hadis]

Dakyah Kristian di Ampangan

Berita yang pernah menggemparkan negara apabila seorang ibu tunggal bersama anak-anak kecilnya dibiaya kehiduan dan persekolahan mereka oleh Gereja Kristian Ampangan, Seremban sekian lama dan menghadiri gereja dari masa ke semasa. Akhirnya mereka dapat diselamatkan.

Dengan penjelasan sangat ringkas di atas, kita bersetuju dengan keputusan muzakarah jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 5-7 Mei 2008 di Alor Setar, Kedah mengenai isu tuntutan penganut Kristian terhadap penggunaan kalimah Allah seperti berikut (diringkaskan) :

  1. Lafaz Allah merupakan kalimah suci yang khusus bagi agama dan umat Islam dan ia tidak boleh digunakan atau disamakan dengan agama-agama bukan-Islam yang lain.
  2. Wajib keatas umat Islam menjaganya dengan cara yang terbaik dan sekiranya terdapat unsur-unsur penghinaan atau penyalahgunaan terhadap kalimah tersebut, maka ia perlu disekat mengikut peruntukan undang-undang yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
  3. Kalimah Allah (lafaz Al-Jalalah) adalah khusus dan mutlak untuk agama Islam dan ertinya berbeza dengan erti Allah yang digunakan oleh agama lain seperti Kristian. Juga, kalimah Allah yang dugunakan oleh Kristian adalah bersifat Taslis (Trinity – 3 in 1), sedang pada Islam ia bersifat Tauhid.
  4. Sikap membenarkan siapa sahajamenggunakan kalimat tersebut semata-mata untuk menunjukkan bahawa Islam meraikan agama lain hanya akan mendatangkan mudharat yang lebih besar kepada agama dan umat Islam. Membenarkan perkara-perkara yang menjadi hak Islam disalahgunakan oleh agama lain adalah amat merbahaya kerana matlamat utama Kristian menggunakan kalimah Allah adalah untuk mengelirukan umat Islam dan menyatakan bahawa semua agama adalah sama (ajaran Pluralisme).

Walaupun masyarakat bukan Islam di Malaysia terdiri daripada berbagai parti politik yang berbeza, namun mereka mempunyai agenda-agenda yang disepakati bersama seperti Pendidikan di Sekolah-sekolah Cina, dan disusun bersama dan bersepakat didalam forum atau majlis yang sama seperti di Chinese Chamber of Commerce (CCC) dll. Ini adalah kerana kepentingan paling uama mereka adalah kepentingan ekonomi.

Bagi umat Islam di Malaysia pula dimana kepentingan akidah dan agama adalah yang teratas, walaupun mereka terdiri dari berbagai parti dan pertubuhan, mereka mestilah diikat dan disepakatkan melalui sesuatu forum atau majlis ulamak kebangsaan yang non-partisan seperti Institusi Yang Dipertuan Agong, Majlis Fatwa Kebangsaan dan seumpamanya. Adapun berbincang sesama ahli-ahli politik semata-mata, termasuk dengan orang bukan Islam pula dengan membelakangkan majlis-majlis ulamak kebangsaan seperti diatas adalah langkah yang tidak tepat dalam etika berijtihad serta boleh mengelirukan pemikiran dan tindakan masyarakat.

AlBanna 01

“99 nama tersebut adalah satu nama yang diletakkan untuk Zat yang Maha Suci iaitu lafaz jalalah “ALLAH”. Selain dari nama tersebut adalah memberi makna sifat-sifat (Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Perkasa … dll.). adakah nama “ALLAH” itu nama terbitan atau bukan nama terbitan ? Itu adalah masalah khilaf ulamak Islam. Ia tidak membawa kepada kesan yang praktikal pun. Cukuplah kita bahawa nama Zat itu adalah nama yang Satu (Esa) sedang nama-nama lain adalah terpancar darinya berupa sifat-sifat. [Imam Hasan Al-Banna, kitab Majmu’ah Rasail]

Kita mengajak seluruh lapisan masyarakat Islam dari pelbagai pertubuhan, tokoh-tokoh dan individu untuk bangkit menyuarakan bantahan terhadap pendirian yang dibuat oleh Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat (PR) pada 8 Januari 2013 yang disepakati bersama oleh Presiden PAS, Penasihat DAP dan Ketua Umum PKR bahawa penggunaan perkataan “Allah” boleh digunakan oleh penganut Kristian “dengan syarat ia tidak disalahgunakan”. Bantahan ini juga lahir dengan tulus dari maqasid Siyasah Syar’iyyah itu sendiri demi kepentingan aqidah Umat Islam di Malaysia dan Alam Melayu, dan bukan dari percaturan dan percakaran politik kepartian seperti yang dilihat sebahagian pemerhati sempena demam musim Pilihanraya yang hampir tiba.

Oleh: Ustaz Abdul Halim Abdullah,
Naib Presiden I,
Ikatan Muslimin Malaysia
Blog: Ini Jalanku

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *