Perkhemahan KRIS 2014 selesai dengan jayanya


IMAG0874

NAKA, 31 Mei – Perkhemahan Kem Remaja Islam (KRIS) 2014 anjuran Kelab Remaja ISMA (KRIM), ISMA Alor Setar telah berlangsung dengan jayanya dan berakhir dengan sempurna, tengahari tadi.

Program 3 hari 2 malam itu diadakan di Seri Juluk Resort, Naka dengan penyertaan hampir 50 orang pelajar sekolah menengah dari seluruh negeri Kedah.

Pelbagai aktiviti telah berjaya dilaksanakan antaranya Explorace, Reka Inovasi dan Riadah Ruhul Jadid, di samping qiamullail, solat sunat dhuha dan tazkirah bertemakan jiwa remaja.

l1

Perkongsian bertajuk “Aku Muslim Super” juga diadakan dengan disampaikan oleh Dr. Zulkifli Yusof, Pakar Perunding ENT dari Hospital Sultanah Bahiyah, manakala perkongsian bertajuk “Remaja Super” disampaikan oleh Dr. Nor Akmal, juga dari Hospital Sultanah Bahiyah.

???????????????????????????????

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *