Persoalan kekuatan iman di kalangan umat Islam Malaysia

ALOR SETAR, 10 Januari – Ketua Biro Tarbiyah ISMA Alor Setar, Ustaz Fisol bin Md Isa menyentuh perihal kekuatan iman di kalangan umat Islam di Malaysia pada masa kini. Menurut beliau, masyarakat Islam kita secara umumnya tidak ada masalah dengan ilmu dan pengetahuan dalam syariah Islam kerana sumber ilmu agama kini boleh diperoleh dari pelbagai saluran, tetapi kelemahan iman adalah masalah tunjang yang sedang umat Islam hadapi.

“Tak kisah setinggi mana pun ilmu agama seseorang, kalau iman di hatinya berada dalam keaadaan sangat lemah, pastinya tuntutan Islam ke atasnya akan sukar dia laksanakan,” kata beliau semasa mengisi slot Kuliah Fiqh Mazhab Syafie di Surau Taman Pulai Jaya.

Dalam Kuliah Tafsir surah al-Mulk di Surau Taman Tunku Sarina II pada keesokan harinya, Ustaz Fisol turut menyentuh persoalan yang sama. Ujar beliau berdasarkan tafsir surah yang dibentangkan, Allah s.w.t. menyuruh umat Islam metadabbur kekuasaan-Nya yang telah mencipta burung-burung yang mampu terbang dengan sayap di mana kesemuanya tidak pernah terlepas dari penglihatan-Nya. Tadabbur dan tafaqquh Al-Quran, kebesaran Allah dan alam adalah kaedah terbaik menguatkan iman yang sentiasa terdorong untuk lemah.

Kuliah Fiqh Mazhab Syafie di Surau Taman Pulai Jaya, Jalan Langgar diadakan setiap malam hari Selasa, manakala Kuliah Tafsir di Surau Taman Tunku Sarina II< Bandar Darulaman pada setiap malam hari Rabu. Seluruh muslimin dan muslimat dijemput hadir.

Siri kuliah-kuliah yang disampaikan oleh Ustaz Fisol juga boleh ditonton di Youtube ISMA Kedah di www.youtube.com/user/mediaismakedah.

Media ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *