Piala Presiden Isma 2017: Kedah puas hati tempat ketiga

BANGI, 26 Zulhijjah 1438H, Ahad – Satu-satunya pasukan dari Utara – Kedah – yang berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir berpuas hati dengan tempat ketiga yang diperoleh dalam perlawanan menentang Kelantan.

Gembira dengan pencapaian pasukan, Kapten Pasukan Kedah, Muhammad Abdul Mannan Abidin berkata, beliau berpuas hati dengan takhta tersebut.

“Alhamdulillah prestasi kami meningkat. Dengan izin Allah, kami lebih berkeyakinan untuk mendapat nombor satu pada masa akan datang,”

Pada masa sama, beliau turut berterima kasih kepada pengurusan pasukan yang telah menjalankan tugas dengan begitu baik dan menjadi salah satu punca kejayaan pasukan Kedah pada hari ini.

Kedah telah berjaya menewaskan Kelantan 3-1 sekaligus menempatkan pasukan dari negeri Cik Siti Wan Kembang itu menduduki tempat keempat dalam Kejohanan Piala Presiden Isma 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *