Pimpinan ISMA Alor Setar ziarah Ustaz Halim

AMPANGAN, 10 Februari – Beberapa orang pinpinan ISMA Alor Setar berkesempatan menziarahi Pengerusi Biro Dakwah ISMA, Ustaz Abdul Halim Abdullah di kediaman beliau petang tadi. ISMA Alor Setar diwakili oleh YDP, Dr. Zulkifli Yusof, Ketua Biro Belia, Saudara Fakhruddin Afif Fauzi dan Ketua Biro Media, Saudara Muhammad Hasbi Ibrahim.

Turut bersama dalam ziarah ialah YDP ISMA Sungai Petani, En. Muhammad Lutfi Abdul Khalid dan YDP ISMA Kepala Batas, Ustaz Hamidi Abu Hassan.

Dalam sesi ziarah, Ustaz Halim tampak ceria dan bersemangat menceritakan pengalamannya melalui detik-detik kemalangan. Walaupun keadaan beliau semakin baik dan sudah boleh mula berjalan, Dr. Zulkifli sempat menasihati beliau agar banyakkan berehat dan tidak terlalu aktif bergerak.

Selain bertanya khabar dan bersua muka, perwakilan dari utara tanah air ini sempat memberikan sedikit buah tangan dan mendoakan agar Ustaz Halim diberi kesembuhan sepenuhnya.

Media ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *