Pinda keahlian strategi perkukuh kedudukan ISMA dalam masyarakat

 

PETALING JAYA, 16 Julai – Pindaan kategori keahlian ISMA supaya lebih terbuka merupakan strategi memperkukuh kedudukan agar ISMA mampu mengambil tempat sebagai satu harakah yang menjadi kuasa pengimbang.

“ISMA tidak akan dapat memainkan peranan ini kecuali dengan memiliki bilangan ahli yang munasabah.”

Presiden ISMA, Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahman berkata demikian semasa berucap di Mesyuarat Perwakilan Khas ISMA 2011 yang berlangsung di Universiti Malaya hari ini.

Kira-kira 150 orang perwakilan ISMA dari seluruh negara sebulat suara bersetuju menerima usul meminda kategori keahlian ISMA sedia ada kepada Ahli Umum, Ahli Biasa, Ahli Teras, Ahli Kehormat dan Ahli Bersekutu.

Ustaz Abdullah Zaik melahirkan harapan agar dengan kelulusan usul ini, dakwah akan berkembang dan membuka ruang yang lebih luas untuk masyarakat terlibat secara langsung dalam agenda ISMA.

Beliau turut mengingatkan mereka yang hadir tentang perlunya usaha dan pengorbanan tambahan daripada setiap ahli untuk memimpin masyarakat dengan hidayah dan syariat Allah.

“Kita masih ada masa yang banyak untuk menyumbang kepada dakwah. Oleh itu  peganglah tekad untuk memberi sumbangan hingga ke akhir hayat.”

Ustaz Abdullah Zaik juga menyeru ahli-ahli ISMA agar konsisten menunjukkan kualiti kesolehan kepada masyarakat yang sehingga kni telah berjaya memberi impak positif kepada pengembangan dakwah.

Sumber: Laman web ISMA Pusat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *