Politik gila kuasa yang menjengkelkan

Menjengkelkan, itulah satu perkataan yang sesuai untuk menggambarkan kemelut politik negeri Kedah sekarang.

Saya bukanlah penyokong tegar Dato Seri Hj Mukhriz, tetapi amat bersimpati dengan yang menimpa beliau ketika ini.

Politik seperti inilah jang memualkan dan mengjengkelkan orang muda. Apa sebenarnya yang diingini oleh sebahagian ahli UMNO negeri Kedah dan barisan pimpinan kerajaan? Tuduhan hilang percaya kepada Dato Seri Hj Mukhriz seharusnya diselesaikan di peringkat dalaman UMNO dan tentunya bukti-bukti kukuh harus diberikan.

Rakyat Kedah khususnya pasti amat keliru dengan tindakan jijik yang dilakukan ke atas Menteri Besar yang sangat dikenali sebagai berjiwa rakyat.

Perdana Menteri harus mengambil langkah proaktif dalam menyelesaikan perkara ini dan janganlah sesekali menjadikan peristiwa ini menambah kebencian rakyat.

Dalam kesusahan dan penderitaan rakyat yang kian bertambah, peristiwa ini hanyalah menambah duka. Langkah politik seperti ini amatlah memenatkan, membuang masa, dan tidak memberi keuntungan kepada siapa sahaja. Sepatutnya, barisan pimpinann negeri dan juga kerajaan perseketuan memikirkan dan memberikan sepenuh tenaga untuk membantu dan meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung rakyat. Tidak sepatutnya sedikit pun masa dibazirkan untuk menjayakan permainan politik kebudak-budakan ini.

Saya yakin tindakan UMNO negeri Kedah ini tidak termasuk dalam penstrukturan semula bajet 2016 yang bakal diumumkan oleh Perdana Menteri.

Kita masih ingat, betapa pihak kerajaan mengutuk keras tindakan PKR dalam ‘Langkah Kajang’. Namun, sekarang kelihatan strategi yang sama hendak dilakukan. Apakah semua ini menggembirakan rakyat?

Demikianlah dunia politik. Suci atau kotornya politik bergantung kepada penghayatan dan pengamalan seseorang terhadap agama Islam. Sama ada pihak kerajaan atau pembangkang, kedua-duanya semakin tidak boleh diharapkan.

Justeru, kita harus menumpukan sepenuh perhatian kepada aspek pembangunan jati diri generasi muda. Hal ini kerana, kitalah yang akan menggantikan pimpinan sedia ada. Seandainya generasi muda rosak dan tidak terbimbing dengan ajaran islam yang sebenar, maka kita akan melihat lebih banyak politik kotor dan jijik akan dilaksanakan pada masa akan datang.

Kefahaman terhadap amanah kepimpinan hanya akan diperolehi dengan kefahaman terhadap Al-Quran dan Sunnah yang mendalam.

Ayuh, kita fokus pada tahap individu, persatuan dan juga masyarakat untuk membentuk barisan pimpinan akan datang yang beramanah, berani, bijak, adil, dan prihatin.

Marilah bersama-sama dengan ISMA, membangun ummah beragenda!

11174669_850846254962893_3589483121621053349_o

Azimi Rahman
Ketua Pemuda ISMA
Cawangan Alor Setar

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.