Program ibadah korban jalin ukhuwah Islamiah

korban 1

ALOR SETAR, 2 Oktober – Bertemakan kemasyarakatan, program ibadah korban anjuran bersama Isma Alor Setar, Isma Kubang Pasu dan Yayasan Ikhlas berjaya menjalinkan ukhuwah Islamiah dengan masyarakat setempat.

Program ibadah korban yang pertama diadakan Jumaat lepas di Pusat Pemulihan Pemasyarakatan, Kem Sultan Abdul Halim Muadzam Shah di Jitra mendapat kerjasama padu daripada pihak pengurusan kem, Rejimen Askar Melayu Diraja dan para pelatih pusat pemulihan.

korban 2

Menurut Timbalan Komandan Kem, Tuan Ridzuan Aziz, beliau mewakili pihak kem amat berbesar hati kerana pihak Isma dan Yayasan Ikhlas sudi mengadakan program korban bersama-sama mereka di kem tersebut.

Sembelihan lembu-lembu korban disempurnakan oleh Naib Yang Dipertua Isma Alor Setar, Tuan Guru Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa.

Pada sebelah petangnya, ibadah korban diteruskan di Taman Pulai Jaya, Jalan Langgar secara bergotong-royong oleh ahli-ahli Isma bersama-sama penduduk sekitar.

photo221544287713732592

Pada tahun ini, Isma Alor Setar dan Isma Kubang Pasu berjaya mengumpul 7 ekor lembu untuk dikorbankan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *