Program Klinik Al-Fatihah dan Saringan Kesihatan percuma

ALOR SETAR, 4 Ogos – ISMA Alor Setar dengan kerjasama I-Medik negeri Kedah berjaya menganjurkan Klinik Al-Fatihah dan Saringan Kesihatan di Taman Jubli Emas di sini.

Program yang dianjurkan secara percuma itu dibuat untuk memberi peluang kepada masyarakat umum untuk memperbetulkan bacaan al-Fatihah.

Saringan kesihatan percuma seperti pemeriksaan tekanan darah, paras glukosa dalam darah dan konsultansi kesihatan percuma juga diadakan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.