Program OSC dedah laluan ke universiti

YAN, 11 Feb – Program One Step Closer (OSC) anjuran Kelab Remaja Isma (KRIM) Alor Setar selama 2 hari berjaya memberi manfaat kepada lebih 40 orang lepasa SPM dari seluruh negeri Kedah.

Program yang diadakan di D’Yan Chalet itu sarat dengan perkongsian berkaitan tips memilih kerjaya berdasarkan minat dan keputusan SPM yang bakal diterima nanti.

Program yang turut mendapat kerjasama daripada PEMBINA Kubang Pasu itu juga diselitkan ialah pelbagai aktiviti fizikal yang lasak menyihatkan badan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *