Projek Bakul Ramadhan 1435H bantu golongan tidak bernasib baik

YDP ISMA Alor Setar Dr Zulkifli menyerahkan bantuan kepada salah seorang penerima.

ASUN (JITRA), 11 Julai – “Penganjuran program Bakul Ramadhan sebegini bukanlah sekadar mahu membuka ruang kepada masyarakat untuk menyumbang dalam bulan Ramadhan.

“Kita laksanakan program pada hari ini supaya semua dari kalangan kita, ahli-ahli gerakan dakwah merasai keinsafan dan kesusahan bahawa masih ramai lagi yang hidup mereka tidak seselesa kita.
Demikian kata Yang Dipertua ISMA Alor Setar, Dr. Zulkifli bin Yusof kepada ahli-ahli ISMA di cawangan Alor Setar sewaktu program Bakul Ramadhan, pagi tadi.
Sejumlah RM 7,000 hasil sumbangan orang ramai telah berjaya disalurkan kepada 9 buah keluarga fakir dan kurang berkemampuan di sekitar daerah Kubang Pasu.
Sumbangan yang dikumpulkan sejak seminggu lalu turut mendapat kerjasama daripada I-Medik Kedah dan PEMBINA Alor Setar.
Hasil sumbangan disalurkan terus kepada setiap keluarga yang terpilih oleh ahli-ahli ISMA dalam bentuk keperluan asas seperti beras dan minyak masak serta dalam bentuk wang tunai.
Kesemua penerima sumbangan yang ditemui adalah dari kalangan ibu dan bapa tunggal, berpendapatan bulanan kurang daripada RM 500, mempunyai tanggungan yang masih kecil dan ramai serta hidup dalam kedaan tidak terurus.
Dalam pada itu, Dr. Zulkifli turut mengucapkan jutaan penghargaan kepada ahli masyarakat yang menyumbang dalam menjayakan program Bakul Ramadhan pada tahun ini.
Bakul Ramadan ISMA Alor Setar 2

Bakul Ramadan ISMA Alor Setar 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *