Projek Bakul Ramadan telah beberapa kali diadakan oleh ISMA Alor Setar pada bulan Ramadan tahun-tahun yang lepas.
Pada tahun ini pihak kami telah mendapatkan senarai nama penerima sumbangan daripada Unit Kebajikan Hospital Sultanah Bahiyah untuk memberi sumbangan pada keluarga miskin daripada kalangan pesakit pesakit kronik, kanser dan cacat di sekitar daerah Kubang Pasu dan Alor Setar.
Pihak kami amat mengharap sumbangan daripada warga budiman untuk menyumbang bagi meringankan penderitaan keluarga tidak bernasib baik ini dan memberi sedikit peluang untuk mereka bergembira menyambut Syawal.
Jika kita telah terfikir-fikir tentang baju raya, kuih raya, duit raya dan sebagainya, jangan kita lupa ada ramai insan yang tidak bernasib baik.
Marilah kita membantu mereka dengan menginfakkan sebahagian daripada harta yang kita ada. Tiada orang yang akan menjadi miskin dengan memberi bahkan kekayaan datang dengan rezeki yang kita berikan kepada yang lain kerana Allah yang bersifat Ar-Razak akan mengitar rezeki yang telah kita peruntukkan untuk yang lain.
Jom bersama kami utk projek Bakul Ramadan
Daripada: Dr. Murizah bt Mohd Zain, Ketua Wanita ISMA Alor Setar
Imbasan Projek Bakul Ramadhan yang lalu:
Tahun 2012:
– Foto: http://on.fb.me/1H5MKQN
– Video: https://youtu.be/
Tahun 2013:
– Foto: http://on.fb.me/1Lp3B41
– Video: https://youtu.be/
Tahun 2014:
– Foto: http://on.fb.me/1JdKw4d
0 Comments