PRU-13: Langkah ke hadapan

Setelah bergelut selama 5 tahun dan mencapai ke kemuncaknya pada 2 minggu terakhir maka kini semua persoalan sudah terbentang luas jawapannya.

MELAYU TELAH TERTIPU!!!

Tidak ada orang yang menyangkal bahawa secara jelas kaum Cina telah menolak orang Melayu. Ketika sebahagian pemimpin dan penyokong politik Melayu begitu beria-ia benar untuk memikat hati mereka dengan menyogokkan pelbagai janji dan memberi pelbagai hadiah, namun mereka tetap tolak. Mereka masih mengundi bangsa mereka.

Orang Melayu begitu naif dengan sanggup berkempen dan menjadi jentera mereka TANPA ada apa-apa bantuan dari mereka dengan harapan kemenangan akan dinikmati bersama. Tapi alangkah malangnya sangkaan orang Melayu ini apabila ia terbukti jauh meleset. Ketika sokongan daripada orang Melayu semakin kurang, mereka pula yang menambah bilangan kerusi. PAS hilang Kedah dan menurun kerusi parlimen, PKR dan BN juga menurun kerusi di parlimen. Yang bertambah mendadak adalah DAP.

Salah siapa?

Kita sentiasa mengingatkan bangsa Melayu supaya berfikir secara rasional dalam berkawan dengan mereka. Berkawan itu tidak salah tetapi jangan sampai kita tergadai seperti kata pepatah “Menang sorak kampung tergadai”. Akhirnya yang rugi adalah orang Melayu dan Islam. Jelas kelihatan muka PM tidak langsung ceria dengan kemenangan ini. Begitu jua DSAI yang tak habis-habis menyalahkan SPR.

Tetapi cuba lihat kata-kata LKS :-

“Contrary to PKR which refused to recognise the result claiming fraud and irregularities, Lim said he welcomed the outcome and described it as “a major advance to bring about change” and “an endorsement of the dream that we offer to Malaysians.”

Apa lagi yang hendak kita tafsirkan?

Namun saya sangat yakin masih akan ada orang Melayu Islam yang melihat perkara ini sesuatu yang positif dan “seronok” dengan keputusan PRU-13. Mereka ini saya sifatkan sebagai orang yang sudah hilang neraca hati nurani dan prinsip perjuangan. Kebencian dan dendam kesumat kepada bangsa sendiri menyebabkan hati dan pemikiran mereka buta dalam menilai realiti dan tidak salah kalau saya sifatkan mereka ini hanya sebagai pemusnah kepada bangsa dan agama sendiri.

Langkah ke hadapan

1. Saya merasakan era DSAI sudah berlalu dan beliau harus menerima hakikat bahawa beliau bukan lagi menjadi harapan bangsa Melayu. Masa untuk beliau menjadi pensyarah sudah tiba dan sangat elok jika beliau meneruskan niat tersebut di Perancis.

2. Najib sudah pasti menghadapi jalan yang sangat sukar dan berliku. Saya tidak yakin ahli UMNO akan terus menyokong beliau. Bukan saja beliau gagal mengambil semula Selangor malah bilangan kerusi BN di parlimen semakin merosot. Strategi beliau terlalu memberi muka kepada orang Cina telah memakan diri sendiri. Bukan saja orang Cina meludah beliau balik malah orang Melayu UMNO sendiri meluat terhadap beliau. Kalau Pak Lah merelakan diri beliau dikorbankan untuk memberikan laluan kepada Najib disebabkan keputusan yang tidak memberangsangkan pada PRU12, maka saya rasa tidak ada salahnya jika Najib membuat perkara yang sama untuk memberi laluan kepada TS Muhyiddin.

3. Ahli PAS perlu melihat secara serius tahaluf mereka dengan DAP kalau mereka masih mahu relevan lagi pada PRU14. Sikap toleransi berlebihan yang ditunjukkan kepada DAP telah memakan diri mereka. Begitu juga dengan kekalutan dalam pemikiran pimpinan mereka dengan dominannya golongan liberal dan Syiah jelas menakutkan orang Melayu dan itu punca mereka ditolak. Golongan ulamak harus mengambil alih semula pimpinan dan membetulkan kembali hadaf perjuangan mereka. Selaku parti terbesar dan tersusun dalam Pakatan Rakyat, sudah pasti PAS boleh melakukan lebih dari DAP dan PKR. Yang perlu hanyalah KEBERANIAN mereka untuk melakukan perubahan dalam saf pimpinan. Saya yakin ramai golongan islamis dan orang Melayu akan berpatah balik kepada PAS.

4. The ultimate solution adalah tidak lain dari berlakunya penyatuan antara PAS dan UMNO. Tidak kira dalam bentuk apa sekalipun ini adalah penyelesaian sebenar jika kita semua ingin melihat Islam dimartabatkan di negara ini dan kedudukan orang Melayu di perkukuhkan. Lupakan sebentar kelemahan yang berada pada mana-mana pihak tetapi sebaliknya melihat kekuatan yang ada pada parti masing-masing. Tanpa berniat untuk mengenepikan bangsa lain tetapi jangan sampai kita menggadaikan bangsa dan agama sendiri. Ambil peluang ini untuk mulakan langkah ke arah PENYATUAN. Jika DAP bertindak keluar dari gabungan dengan PAS bila mereka tewas teruk pada 2004, maka apakah salah jika PAS keluar dari Pakatan untuk membina kembali jati diri parti.

Oleh:
Tuan Haji Aminuddin Yahaya
Timbalan Presiden ISMA
Blog: Suara Dari Gunung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *