Puisi: Salahkah ibu?

ibu2

Teriakan suara penuhi ruang
Azan pula sayup berkumandang
Tangisan kasih teringang-ngiang
Menyambut kelahiran anak tersayang

Tak kira malam ataupun siang
Bertungkus lumus membanting tulang
Mencari sesuap nasi untuk dihidang
Panas hujan tak pernah menghalang

Tatkala malam mula menjelang
Nyenyak tidur tak pernah terbayang
Menjaga anak mata bersengkang
Tak izin nyamuk menyentuh sebarang

Tak terhitung kasih andai dibilang
Kini dewasa engkau menjadi belang
Sopan tiada akhlakmu hilang
Bicara sekadar ‘aku dan hang’

Di mana silap ibu yang berjuang
Mendidik anak mencurah sayang
Hingga kini ibu terbuang
Mengemis kasih untuk ditumpang

Duhai anak yang ku tatang
Ibu di sini menanti kau pulang
Sedia mengampun dosa yang bersarang
Moga syurga buatmu sayang

Hasil nukilan,
Nur Atiqah Bt Abd. Hamid
Aktivis ISMA Alor Setar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *