Ibu,
Terima kasih di atas segalanya
Setiap kasih yang kau curahkan
Setiap pengorbanan yang kau taburkan
Setiap air mata yang bercucuran
Setiap peluh yang mengalir bertitisan
Setiap luka-luka kerana kepedihan
Semuanya kau harungi untuk membesarkan
Ibu
Kau pendam segala kepayahan dalam mendidik
Saat kau jerih kau masih tersenyum
Saat kau penat kau masih memikul erat
Saat kau sedih kau masih bersemangat
Saat kau gagal kau masih bangun meneruskan
Ibu
Kau insan teristimewa dan hebat
Walau banyak rintangan dan cabaran mendatang
Kau tetap melaksanakan amanah tanpa rungutan
Betapa ikhlas dirimu dalam mendidik anak-anakmu
Ibu
Selamat hari ibu
Moga Allah memberi balasan yang teragung buatmu
Jasamu takkan terbalas walau dibina istana dunia
Doaku moga Syurga hadiah ternilai untukmu
Hasil Nukilan,
Norhamimah Bt Ibrahim
Aktivis ISMA Alor Setar
0 Comments