Ramadan peluang perbetul matlamat tadarus Al-Quran

seminar-fiqh-ramadan-as-37

ALOR SETAR, 15 Mei – Naib Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) Cawangan Alor Setar, Tuan Guru Haji Abdul Fisol bin Mohd Isa mengajak seluruh umat Islam di Malaysia agar mengambil peluang memperbetulkan matlamat membaca Al-Quran pada bulan Ramadan.

Ujarnya, Ramadan ialah bulan terbaik kerana kerana pada bulan ini masyarakat Islam suka membaca Al-Quran.IMG_5574 small

“Masuk sahaja bulan Ramadan, kita boleh tengok masjid, surau di ceruk kampung sekalipun akan meriah dengan  majlis tadarus Al-Quran, satu hari nak habiskan satu juzuk, alhamdulillah syukur dengan suasana sebegini.

“Namun kalau matlamat tadarus Al-Quran hanya sekadar hendak mengutip pahala sahaja, ia sebenarnya tidak tepat.

Menurut beliau yang lebih mesra dipanggil Ustaz Fisol, tujuan sebenar Al-Quran diturunkan ialah untuk difahami dan diamalkan setiap pengajaran yang ada di dalamnya.

seminar fiqh ramadan as (110)

“Setiap ibadah ada matlamatnya tersendiri, begitu juga membaca Al-Quran tujuannya untuk kita faham dan terus faham makna dan pengajarannya untuk diamalkan.

“Sekali kita baca, kita tadabbur dan ambil pengajaran, kemudian kita baca lagi dan tadabbur lagi kerana pengajaran lain pula yang kita boleh dapat,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan pembentangan bertajuk “Andai Ini Ramadan Terakhirku” di hadapan lebih 250 hadirin Seminar Fiqh Ramadhan dan Kesihatan di Kolej Kejururawatan Alor Setar, semalam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *