Rehlah Masyi mengenang perjuangan ahli Badar

ALOR SETAR, 4 Ogos – Program tahunan Rehlah Masyi atau lebih dikenali dengan Kembara Badar Kubro berjaya dilaksanakan untuk Ramadhan 1433H kali ini, dengan matlamat mengambil semangat dan menelusuri sejarah perjuangan umat Islam terdahulu sewaktu Peperangan Badar.

Program yang melibatkan sebahagian besar aktivis ISMA dari Alor Setar dan Jitra serta Sahabat PEMBINA Kedah bermula dengan senaman ringan memanaskan badan yang dikendalikan oleh saudara Mohammad Fikri bin Abdul Rahim. Para peserta kemudian berjalan beramai-ramai di tengah-tengah sawah padi berhampiran Taman Pulai Jaya.

Seusai berjalan bersama-sama, majlis berbuka puasa, ramah mesra dan solat tarawih bersama-sama turut diadakan. Program diakhiri dengan tazkirah Badar Kubra oleh Ustaz Mohd Najib bin Sulaiman, Ketua Biro Dakwah ISMA Alor Setar.

Media ISMA Kedah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *