Remaja Alor Setar dilatih cintai masjid

photo25002693008402635

ALOR SETAR, 16 Oktober – Program Kem Remaja Cinta Masjid anjuran Kelab Remaja Isma (KRIM) Cawangan Alor Setar diharap berjaya melatih para peserta agar menjadikan masjid tempat kesayangan mereka.

Kem yang dihadiri lebih 30 orang peserta lelaki, rata-rata daripada sekitar Masjid Jamek Ar-Rahman, Alor Merah di mana kem dilaksanakan sarat dengan pelbagai aktiviti.

photo25002693008402636

Program yang mendapat kerjasama penuh dengan masjid itu bukan sahaja diisi dengan qiamullail dan tazkirah, tetapi juga aktiviti fizikal iaitu bermain bola dan motivasi akademik dan kerjaya daripada Cikgu Shariful daripada MRSM Kubang Pasu.

Sebaik-baik pemuda Islam ialah yang menjadikan masjid sebagai tempat kesayangan mereka, itulah harapan ISMA kepada generasi hari ini dan akan datang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *