SAFI 2014 ISMA Alor Setar meriah dalam kesederhanaan

??????????

BANDAR DARULAMAN, 27 Ogos – Majlis Sambutan Aidilfitri (SAFI) anjuran ISMA Alor Setar dan Tadika Tasneem Pintar semalam berlangsung secara sederhana tetapi meriah dengan kehadiran para ahli, sahabar dan waris para pelajar tadika yang tidak putus-putus.

Majlis yang bermula pada jam 3.30 petang ini dimeriahkan dengan persembahan nasyid daripada anak-anak cilik Kelab Anak-Anak Hebat (NAZIM) Alor Setar serta ucapan alu-aluan daripada Ustaz Mohd Kashfi bin Ali, Naib YDP ISMA Alor Setar merangkap wakil penganjur majlis tersebut.

??????????

Dalam ucapan beliau, Ustaz Kashfi mengajak hadirin untuk sentiasa memupuk nilai ukhuwah dan kasih sayang sesama muslim selain mengenang perjuangan rakyat dan pejuang Gaza yang masih bertarung nyawa mempertahankan tanah air daripada penjajahan Zionis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *