Sejarah negeri Kedah mesti ditulis semula

prof wan samsudin

ALOR SETAR, 18 Mac – “Sejarah negeri Kedah mesti ditulis semula.”

Itulah kesimpulan yang disampaikan oleh Dato. Dr. Haji Wan Samsudin bin Mohd Yusof, Pengerusi Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) ketika mengakhiri sesi dialog bersama ahli-ahli ISMA, semalam.

Ujarnya, penulisan semula sejarah Kedah adalah perlu berdasarkan penemuan-penemuan terkini dan hasil kajian komprehensif oleh PSMCK sejak sekian lama.

photo269544060529780728

“Sebelum ini At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah menyebutkan kedatangan Islam di bumi Kedah berlaku pada tahun 1136 Masihi, namun penemuan batu nisan Sheikh Abdul Kadir di Langgar dan inskripsi Ibnu Sirdan menunjukkan Islam telah bertapak seawal tahun 904 Masihi lagi.

“Islam tiba di Kedah lebih awal daripada Melaka,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau turut mengulas tentang penemuan arkeologi di Sungai Batu.

“Tamadun Sungai Batu adalah bukti bahawa ibu kota Langkasuka terletak di kawasan tersebut, bukannya Patani.

photo269544060529780732

“Malah, penemuan bukti teknologi peleburan besi dan pelabuhan lama di Sungai Batu juga menjelaskan betapa hebatnya orang-orang Melayu sejak sekian lama,” ujar Dato’ Dr. Haji Wan Samsudin lagi.

Turut hadir dalam sesi dialog berkenaan ialah Pengarah Arkib Negara Malaysia Negeri Perlis / Kedah, pimpinan ISMA peringkat pusat dan cawangan serta ahli-ahli ISMA.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *