ALOR SETAR, 5 Julai – Program Iftar Amal Perdana Aman Palestin Kedah telah berlangsung dengan jayanya semalam.
Program yang diadakan di TH Hotel & Convention Centre itu menampilkan DJ Suffian Amrin sebagai tetamu jemputan serta Imam Muda Gaza yang berkongsi kehidupan dan keadaan Gaza pada masa kini.
Iftar diadakan bagi mengumpul sumbangan dana untuk pembinaan Masjid Asy-Syafie di Gaza yang musnah dibom rejim Zionis, tahun lalu.
Program ini turut dianjurkan bersama ISMA Alor Setar dan PEMBINA Alor Setar selain Aman Palestin Kedah sebagai peneraju utama.
0 Comments